Temuduga Chambering Syariah
1. Perkenalkan diri: Part ni maksudnya cerita pasal diri anda, diri anda tu maksudnya pengalaman anda ketika di universiti, sertai persatuan apa, pegang jawatan apa, seperti pernah jadi presiden, pengalaman kerja bla3 yang berkaitan kerja sahaja, bukan mengenai anda suka makan apa, tidur jam berapa, kakak abang kerja apa, bla3...itu tidak penting dan sekiranya anda bercerita merepek begitu dah jadi bad impression kepada anda. Status kalau ditanya jawab je dengan jujur, kebiasaannya firma lebih suka hire yang masih single, bukan kata yang telah kawen sukar dapat kerja cumanya peluang lebih kepada yang bujang, sebab bos akan suruh anda stay up sampai malam, datang kerja hari sabtu dan sebagainya, sebab bila dia ambil orang yang telah kawen, bos beranggapan anda banyak komitmen sendiri.2. Apa expectations anda?: Apa expectations anda chambering disini dan apa expectations yang akan kami dapat dari anda? Yang ni saya tidak sempat jawab, panel tanya soalan lain sudahh... Dalam hati Alhamdulillah, sebab panel 3 orang, terpulang kepada firma yang anda pergila. Jawapan ini boleh google banyak.3. Berapa elaun yang awak nak sebulan?: Saya pada ketika itu saya kata saya nak RM 700, sebab kalau minta banyak karang terus ditolak, hahah sebab pernah ditolak sebab minta RM700, penemuduga kata nak bagi RM500 je, bergantung kepada firma juga la bagaimana penerimaannya. Kalau korang dari keluarga berkemampuan, rumah dekat, mungkin okay tawaran elaun sedikit, so korbankan lah sikit, kalau yang tidak berkemampuan tiada support keluarga kene fikir banyak kali, sebab dalam tempoh cahmbering ni perasan tiada duit amat sakit. Saya nasihatkan jangan minta rendah sangat dan tinggi sangat, sebab kalau tinggi sangat bos firma menganggap tidak berbaloi ambil anda, minta la sepertimana rakan-rakan anda yang chambering di area yang lebih kurang. Saya pada ketika itu KL elaun diberi RM700-1000 KL Selangor, ada juga Peguam yang bagi RM300,400,500, saya pun tidak tahu pelajar chambering nak makan apa macam mana nak survive hidup di Kota.4. Ada lesen kenderaan?: Yang ni juga satu kepentingan kepada firma untuk consider dalam pengambilan anda. Saya pada ketika itu ada kedua-dua lesen, tetapi hanya ada motor sahaja. Jawab jela jangan menipu, kawan saya apa-apa lesen kenderaan pun tiada, tetapi Alhamdulillah rezeki dia dapat dan sekarang telah bergelar peguam syarie Wilayah Persekutuan dan masih berada di firma yang sama.5. Boleh berbahasa Arab dan Bahasa Inggeris?: Yang ni jawab je dengan jujur, pastikan jujur, tetapi jangan terlalu merendah diri dan membangga diri (berlagak).6. Sanggup stay up malam?: Saya pada ketika itu saya jawab semua ya, saya sanggup, sebab sememangnya saya suka dalam bidang ini.7. Bila boleh masuk?: Biasanya yang ni kalau penemuduga ada niat nak ambik anda sebagai pelatih di firma mereka, kiranya ini satu soalan yang bagus untuk anda, ada nampak ruang la kiranya sipi-sipi bahasa orang kata. hahah.8. Kes harta sepencarian mahkamah mana?: Ada yang tanya prosedur yang simple-simple. Bidangkuasa Mahkamah Rendah, Tinggi, Rayuan. Seksyen bla3.9. Pernah buat pliding?
10. Betul-betul minat nak jadi peguam?:
Haa minat ke idokk?
11. Ada minta tempat lain lagi?:
12. Kenapa nak keluar firma lama?
Ni sekiranya anda dah pernah masuk / bekerja di firma guaman.