PEGUAM SYARIE
SIAPAKAH PEGUAM SYARIE?
Peguam syarie adalah pihak yang mempunyai bidangkuasa untuk mengendalikan kes-kes di Mahkamah Syariah, Peguam Syarie juga adalah pihak ketiga yang berbidangkuasa mewakilkan mana-mana pihak sebagai jurucakap kepada pihak tersebut. Peguam Syarie juga adalah sebagai pihak utama yang membantu dan memudahkan proses mahkamah untuk Mahkamah membuat keputusan memberikan penghakiman. Peguam Syarie juga merupakan pihak yang bernaung di bawah Majlis Agama Islam Negeri atau Majlis Peguam Syarie bagi Wilayah Persekutuan berkuatkuasa bermula Jun/2022.
APAKAH BIDANGKUASA PEGUAM SYARIE?
Melibatkan hal orang Islam di Mahkamah Syariah, iaitu dalam kes mal: kekeluargaan (pernikahan, perceraian, hak anak-anak, hak isteri, hak suami), harta/faraid (pusaka pusaka,hibah, wasiat, harta sepencarian, ganti rugi, hutang perkahwinan) dan juga jenayah syariah.
SIAPAKAH LAYAK MENJADI PEGUAM SYARIE?
Peguam Syarie mestilah beragama Islam, warganegara Malaysia, memiliki Ijazah Sarjana Muda Syariah dan layak untuk memiliki Sijil Amalan Guaman (lesen) sebagaimana yang dinyatakan di dalam Kaedah-Kaedah Peguam Syarie negeri-negeri.
SIAPA YANG MENGAWAL SELIA PEGUAM SYARIE?
Peguam Syarie dikawal oleh Majlis Agama Islam Negeri di bawah Enakmen Pentadbiran Agama Islam Negeri atau Majlis Peguam Syarie bagi Wilayah Persekutuan berkuatkuasa bermula Jun/2022.
CAJ YURAN PERKHIDMATAN GUAMAN
Caj perkhidmatan peguam syarie tidak ditentukan oleh mana-mana enakmen atau mana-mana badan, sepenuhnya bergantung kepada budibicara peguam syarie itu sendiri.
6 ulasan:
Bagusnya untuk junior seperti saya boleh menambah info berkenaan diploma ini. Terima kasih
boleh follow juga blog kedua saya, di blog kedua saya, saya kongsikan berkenaan hal-hal isu berkaitan Mahkamah Syariah. :)
yang sarawak tu maksudnya sijil syariah saja tu maksudnya sijil degree syariah ke ?
kalau macam tu, budak spm kena amik aliran apa???
saya nak tanya, kalau amik ijazah sarjana muda syariah tapi dalam bidang macam ilmu falak atau usul fiqh layak tak untuk jadi peguam syarie? atau memang kene ambil syariah dan undang2?
Assalamualaikum saya nak tanya, jenayah syariah tu contohnya macam mana ya?
Catat Ulasan