Jumaat, 9 Ogos 2019

SIJIL AMALAN PEGUAM SYARIE KELANTAN

PENDAHULUAN

Proses permohonan Peguam Syarie 14 negeri di Malaysia adalah berbeza, Kelantan adalah antara negeri-negeri yang dikatakan mudah untuk mendapatkan sijil amalan oleh kerana tidak menetapkan kelayakan perlunya latihan dalam kamar dan diploma guaman Islam. Namun, kini saya mendapat perkhabaran desus desas bahawa Kelantan juga akan menetapkan perlunya diploma guaman Islam/latihan dalam kamar, namun, tunggu dan lihat sahaja.


Jika bertanya saya adakah perlu kelayakan-kelayakan seperti dinyatakan di atas? saya katakan ianya amat perlu, kerana Peguam Syarie adalah bidang professional dan pihak berwajib yang di amanahkan oleh anakguam untuk menguruskan dan pihak yang berwajib memudahkan urusan Mahkamah. Jika ada Peguam Syarie, maka proses Mahkamah lagi cepat berbanding tiada peguam, hal ini kerana, Peguam Syarie lebih mengetahui prosedur dan undang-undang.


PERMOHONAN SEBAGAI PEGUAM SYARIE KELANTAN

Saya membuat permohonan ini adalah pada tahun 2018, bermula dengan mengisi borang A iaitu borang permohonan sebagai peguam syarie yang saya perolehi melalui softcopy yang diberikan oleh rakan saya, namun, borang ini boleh didapati di kaunter Mahkamah dengan bayaran sebanyak lebih kurang RM30, borang dihantar bersama dokumen-dokumen yang diperlukan di kaunter Mahkamah Syariah di Kota Bharu. Pada ketika ini, prosesnya mudah sahaja berbanding di negeri lain. Di Kelantan juga, calon-calon tidak perlu membuat penampalan di semua Mahkamah Syariah di negeri Kelantan. Tiada afidavit penampalan dan sebagainya, hanya borang permohonan bersama dokumen-dokumen diperlukan sahaja, kemudian tunggu dipanggil untuk sesi temuduga. Untuk dipanggil sesi temuduga ini biasanya mengambil masa satu atau dua tahun, namun, saya dipanggil awal, Alhamdulillah...hanya dalam tempoh satu (1) tahun sahaja, hantar borang bulan 5, 2018 dan dipanggil tauliah bulan 8, 2019. Saya dipanggil untuk hadir sesi temuduga melalui panggilan telefon dari mahkamah memaklumkan kene bawa sijil asal dan berpakaian hitam putih.


TEMUDUGA


Kemudian hadirnya saya di Mahkamah Syariah Kelantan bersama rakan-rakan yang lain, jam 8.00 pagi pendaftaran. 8.30 sesi taklimat diberi oleh penolong pendaftar. Kemudian selesai sesi taklimat tersebut, nama-nama akan dipanggil berdasarkan fail yang ada melalui pendaftaran tadi. Hanya 10 orang pertama terlebih dahulu bersedia naik di tingkat atas iaitu tingkat 6 untuk sesi temuduga. Penemuduga pada asalnya 5 orang, tetapi 2 panel tidak dapat hadir disebabkan ada urusan lain. Maka selesai 10 orang tadi. Kami yang selebihnya dipanggil untuk naik ke atas, beberapa minit menunggu dengan penuh debaran ditambah pula tidak bawa sijil-sijil asal, sehingga saya 3 kali ke tandas kecut perut. Akhirnya giliran saya, saya pada ketika Itu masuk dengan memberi salam dan panel bahagian semak dokumen minta dokumen asal.


Kemudian saya maklumkan, yang saya tidak dapat makluman berkenaan hal tersebut, kemudian dia kata okay duduk, dia kata, awak tidak pernah hadir interview ke? Saya kata, saya pernah hadir, tetapi untuk interview tauliah Peguam syarie, ini adalah kali pertama saya. Maka panel bahagian interview arahkan saya agar beritahu background saya, nama penuh, asal mana, belajar dimana. Arahan kedua ialah soalan, iaitu apakah akta yang digunakan di mahkamah syariah? saya sebut bla3...Kemudian panel kata, okay siap, terkejut jugak ouh okay itu je, baguslah. Haha. Kemudian panel bahagian semak dokumen arahkan saya baca nombor ic saya, sebab saya tak bawa dokumen asal tadi la, saya sebut bla3... Kemudian saya ucap terima kasih dan keluar gitu.. Haa simple.


MAJLIS PENTAULIAHAN

Majlis pentauliahan dan sesi temuduga dibuat pada hari yang sama sahaja. Pagi sesi temuduga, manakala petang majlis pentauliahan. Pentauliahan bermula Jam 2.00 petang. Di dalam taklimat kami dimaklumkan bahawa, sekiranya kami tidak menerima apa-apa panggilan telefon selepas sesi temuduga selesai dan sebelum jam 2.00 petang, calon tersebut dianggap berjaya, sekiranya menerima panggilan telefon, calon tersebut tidak berjaya. Semua calon tentula apabila kesana berharap berjaya dalam sesi temuduga tersebut. Berdebar sedikit sebanyak pasti ada, walaupun yakin dibenarkan pentauliahan tersebut.


Kemudian jam 2.00 petang, Hakim masuk, seorang wakil bakal Peguam syarie daripada kalangan kami diarahkan untuk beridiri dan mengangkat sumpah, kemudian diluluskan oleh pendakwa syarie, seterusnya hakim mentauliahkan kami yang lulus dan Majlis berakhir.


Kemudian kami mengadakan sendiri-sendiri sesi bergambar. Pada hari tersebut kami hanya 28 orang sahaja yang hadir. Dan semua lulus pada hari tersebut. Penolong pendaftar maklumkan sedikit sahaja biasanya yang tak lulus. Panel kesemuanya berpangkat Dato'. So perlu bahasakan dengan panggilan Dato' atau yang arif. Itu saja perkongsian saya, semoga bermanfaat. Setiap sesi berbeza soalan, tapi berkenaan isu semasa perlu ambil perhatian berkenaan RUU 355 dan profession guaman syarie.



Peguam syarie Kelantan 2019


PENTAULIAHAN TERAKHIR BERSAMA DATO DAUD

Kami adalah calon terakhir yang sempat ditauliahkan oleh Dato Daud iaitu Ketua Hakim Syarie Negeri Kelantan, selepas beberapa bulan majlis berlangsung, Dato Daud dikatakan telah meninggal dunia. Ura-ura mengatakan permohonan Peguam Syarie Kelantan dipermudahkan disebabkan Dato Daud tidak mahu menyukarkan para graduan syariah mendapatkan tauliah peguam syarie, kerana para graduan telah dianggap berkelayakan. Terima kasih Dato, moga dipermudahkan urusakannya disana. Amin. (hanya hearsay)

Tiada ulasan:

TAULIAH PEGUAM SYARIE SELANGOR

 Assalamualaikum.... Pentauliahan Peguam Syarie Negeri Selangor antara yang berprestij selain Wilayah Persekutuan, mungkin disebabkan kelaya...