Memaparkan catatan dengan label Chambering Syariah. Papar semua catatan

Isnin, 27 September 2021

TEMUDUGA PELATIH DALAM KAMAR

 Temuduga Chambering Syariah

Hi salam sejahtera semua para pelajar yang bakal menjadi pelatih dalam kamar! saya sebagai senior anda! ingin menceritakan sedikit pengalaman saya yang telah saya hadir dalam beberapa sesi temuduga chambering atau latihan dalam kamar syariah. Kebiasaan orang yang serius untuk hadiri temuduga akan buat research dan menggoogle tips atau pengalaman orang lain temuduga terlebih dahulu sebelum hadiri temuduga tersebut, saya juga berbuat demikian sebelum hadiri sesi temuduga. Biasala nama pun temuduga = bertemu untuk menduga. Soalan yang bakal ditanya tak terduga buat kita terutama yang kali pertama hadir sesi termuduga. Maka jalan terbaik adalah buat research terlebih dahulu.

1) Cari Firma
Perkara pertama wajibla kita cari kekosongan firma yang perlukan pelajar chambering kan, cari melalui semua platforms untuk dapatkan contact firma-firma yang ingin dimohon, kemudian kita hantar emel kesemua firma untuk memohon kekosongan tersebut, lepas selesai semua langkah pertama, kemudian dapat panggilan untuk ditemuduga, apa yang saya buat? saya akan google tips dan pengalaman temuduga chambering terlebih dahulu, tetapi malangnya tiada satu pun tips temuduga untuk pelajar syariah atau chambering Syariah.

2) Adab
Oleh itu, saya mengambil satu pendekatan dan mengambil peduli pada anda semua junior saya untuk memberi sedikit gambaran bagi anda nampak bagaimana sesi temuduga chambering syariah diadakan, temuduga chambering ni sama sahaja sepertimana temuduga kerja, kepada sesiapa yang pernah hadir temuduga kerja akan dapat gambaran sedikit sebanyak, tetapi jangan risau kepada junior-junior yang baru dan tidak pernah hadir sesi temuduga, yang paling penting keyakinan dan akhlak kene jaga, jangan menipu, jawab dengan jujur apa yang ditanya.

3) Soalan
Justeru itu, saya akan kongsikan serba sedikit soalan yang ditanya berdasarkan kepada pengalaman saya ketika hadir temuduga chambering syariah, yang ni yang saya ingat apa yang ditanya. Soalan apa? kalau yang pernah hadir temuduga kerja tentu sedikit sebanyak dapat agak apa soalan yang ditanya, seperti yang saya katakan tadi, interview chambering lebih kurang sahaja sepertimana anda nak mohon kerja. seorang spot tu wajib la, perkenalkan diri bla3 kan. Okay saya tidak mahu menulis dan merepek panjang, saya akan teruskan kepada soalan yang ditanya. Pastikan ketika hadir temuduga bawa salinan resume dan juga fail sijil-sijil anda, sesetangah interviewer akan tengok dan sesetengah tidak tengok pun, bawa lebih baik.

1. Perkenalkan diri: Part ni maksudnya cerita pasal diri anda, diri anda tu maksudnya pengalaman anda ketika di universiti, sertai persatuan apa, pegang jawatan apa, seperti pernah jadi presiden, pengalaman kerja bla3 yang berkaitan kerja sahaja, bukan mengenai anda suka makan apa, tidur jam berapa, kakak abang kerja apa, bla3...itu tidak penting dan sekiranya anda bercerita merepek begitu dah jadi bad impression kepada anda. Status kalau ditanya jawab je dengan jujur, kebiasaannya firma lebih suka hire yang masih single, bukan kata yang telah kawen sukar dapat kerja cumanya peluang lebih kepada yang bujang, sebab bos akan suruh anda stay up sampai malam, datang kerja hari sabtu dan sebagainya, sebab bila dia ambil orang yang telah kawen, bos beranggapan anda banyak komitmen sendiri.

2. Apa expectations anda?: Apa expectations anda chambering disini dan apa expectations yang akan kami dapat dari anda? Yang ni saya tidak sempat jawab, panel tanya soalan lain sudahh... Dalam hati Alhamdulillah, sebab panel 3 orang, terpulang kepada firma yang anda pergila. Jawapan ini boleh google banyak.

3. Berapa elaun yang awak nak sebulan?: Saya pada ketika itu saya kata saya nak RM 700, sebab kalau minta banyak karang terus ditolak, hahah sebab pernah ditolak sebab minta RM700, penemuduga kata nak bagi RM500 je, bergantung kepada firma juga la bagaimana penerimaannya. Kalau korang dari keluarga berkemampuan, rumah dekat, mungkin okay tawaran elaun sedikit, so korbankan lah sikit, kalau yang tidak berkemampuan tiada support keluarga kene fikir banyak kali, sebab dalam tempoh cahmbering ni perasan tiada duit amat sakit. Saya nasihatkan jangan minta rendah sangat dan tinggi sangat, sebab kalau tinggi sangat bos firma menganggap tidak berbaloi ambil anda, minta la sepertimana rakan-rakan anda yang chambering di area yang lebih kurang. Saya pada ketika itu KL elaun diberi RM700-1000 KL Selangor, ada juga Peguam yang bagi RM300,400,500, saya pun tidak tahu pelajar chambering nak makan apa macam mana nak survive hidup di Kota.

4. Ada lesen kenderaan?: Yang ni juga satu kepentingan kepada firma untuk consider dalam pengambilan anda. Saya pada ketika itu ada kedua-dua lesen, tetapi hanya ada motor sahaja. Jawab jela jangan menipu, kawan saya apa-apa lesen kenderaan pun tiada, tetapi Alhamdulillah rezeki dia dapat dan sekarang telah bergelar peguam syarie Wilayah Persekutuan dan masih berada di firma yang sama.

5. Boleh berbahasa Arab dan Bahasa Inggeris?: Yang ni jawab je dengan jujur, pastikan jujur, tetapi jangan terlalu merendah diri dan membangga diri (berlagak).

6. Sanggup stay up malam?: Saya pada ketika itu saya jawab semua ya, saya sanggup, sebab sememangnya saya suka dalam bidang ini.

7. Bila boleh masuk?: Biasanya yang ni kalau penemuduga ada niat nak ambik anda sebagai pelatih di firma mereka, kiranya ini satu soalan yang bagus untuk anda, ada nampak ruang la kiranya sipi-sipi bahasa orang kata. hahah.

8. Kes harta sepencarian mahkamah mana?: Ada yang tanya prosedur yang simple-simple. Bidangkuasa Mahkamah Rendah, Tinggi, Rayuan. Seksyen bla3.

9. Pernah buat pliding?
           Ceritakan la apa itu pliding bla3, yang ni benda asas. Perlu tahu. Disebabkan saya menaip guna smartphone sahaja, maka ini la jadinya spacing lari, akan dibetulkan nanti.

10. Betul-betul minat nak jadi peguam?:

Haa minat ke idokk? 

11Ada minta tempat lain lagi?: 

          12. Kenapa nak keluar firma lama?

Ni sekiranya anda dah pernah masuk / bekerja di firma guaman.

Saya telah hadiri 6 interview Chembering:

1. Firma Syarie di Shah Alam: Saya pergi office hadir temuduga bersama seorang lagi calon lelaki, nama kami berdua shortlisted untuk dipanggil hadir temuduga. Walaupun kami shortlisted, tetapi kriteria yang ada pada kami tidak mencukupi pada ketika itu, saya tidak diterima kerana tiada langsung pengalaman berkaitan guaman syarie, maklumla saya dulu intern di firma sivil buat kes kemalangan bukan Syariah, firma tersebut mahukan pengalaman syariah. Calon lelaki tersebut juga tidak terpilih kerana atas alasan yang sama. Katanya firma mahukan yang betul-betul ada pengalaman kerana mahukan seorang pembantu, tawaran elaun sebanyak RM1000 dan jika prestasi okay akan dinaikkan elaun tersebut.

2. Firma Syarie di Shah Alam/Kelantan: Sesi temuduga hanya di buat di sebuah restoran mewah sahaja dan kami berdua sahaja ketika sesi temuduga diadakan tiada calon lain. Yang ni saya tidak diterima masuk berkemungkinan disebabkan saya memohon elaun lebih iaitu sebanyak RM700 dan firma tersebut mahu membayar RM500 kepada saya dan katanya ada disediakan bilik untuk saya disana.

3. Firma Syarie di Seremban: Sesi temuduga hanya dijalankan melalui atas talian sahaja dan saya diterima masuk elaun yang diberi sebanyak RM500 dan saya terpaksa menolak disebabkan ada sedikit masalah.

4. Firma Syarie di Kuala Lumpur: Saya mendapat mesej menjemput saya hadir sesi temuduga tersebut, saya bersama 7 orang calon dan di firma tersebut memerlukan 2 orang calon sahaja dan Alhamdulillah saya diterima masuk sebagai pelatih dalam kamar disitu dengan elaun sebanyak RM600 sebulan, saya chambering disini selama 1 tahun.

5. Firma Syarie di Shah Alam: Saya dipanggil hadir sesi temuduga di office firma tersebut pelbagai soalan ditanya dan elaun yang ditawarkan sebanyak RM800 sebulan dan katanya akan dinaikkan jika prestasi okay. Tetapi saya tolak kerana ada sebab tertentu.

6. Firma Syarie & Sivil di Shah Alam: setelah selesai chambering di Kuala Lumpur selama tempoh 1 tahun, saya teruskan lagi memohon di firma lain untuk chambering, elaun yang ditawarkan sebanyak RM1200 untuk 4 bulan pertama dan selepas itu akan dinaikkan bersama elaun kehadiran RM10 sehari dan akan dibayar pada setiap akhir bulan. Saya chambering disini selama 10 bulan.

Sebelum isi biasalah kita mesti riki-riki dengan rakan-rakan yang lain kenal ke Peguam ni? Okay ke dia? sebab kita perlu bekerja dengan dia paling kurang 6 bulan kan, ye boleh tukar tempat chembering dan sambung tapi senang ke nak keluar dan masuk firma lain pula?

Mostly interview just tanya simple-simple pasal diri anda sahaja, mereka nak tengok cara anda bercakap, masuk tu bagi le salam dan ucap terima kasih selepas habis interview nak keluar. Kemudian ucap terima kasih melalui emel kata terima kasih kerana menjemput saya untuk temuduga. Yang mana firma belum panggil temuduga, lepas hantar emel resume tu follow up peguam tanya emel dah sampai ke? Ada kosong ke bla3 pandai-pandai anda le.

Tapi ingat, ada juga ye yang tanya berkenaan hukum syarak, faraid. tanya apa yang anda belajar ketika di Universiti. Haa jawablaa pastikan anda tengok-tengok balik apa yang anda belajar. Sebab sesetengah firma dia tengok satu-satu apa subjek kau belajar dan apa kau dapat. So bersedialah.

Selamat maju jaya. Doakan saya juga berjaya ye!

Ahad, 12 April 2020

INTERVIEW CHAMBERING SYARIAH

Interview Chambering Syariah

Hi salam sejahtera semua para pelajar yang bakal menjadi pelatih dalam kamar, saya sebagai senior anda! ingin menceritakan sedikit pengalaman saya yang telah saya hadir dalam sesi temuduga chambering atau latihan dalam kamar syariah. Kebiasaan orang yang lebih bersedia untuk hadiri temuduga akan buat research dan menggoogle tips dan pengalaman temuduga, saya juga berbuat demikian, sebelum buat apa-apa atau hadiri temuduga.

Perkara pertama wajibla kita cari kekosongan firma yang perlukan pelajar chambering kan, cari melalui semua platforms untuk dapatkan contact firma-firma yang ingin dimohon, kemudian kita hantar emel kesemua firma untuk memohon kekosongan tersebut, lepas selesai semua langkah pertama, kemudian dapat panggilan untuk ditemuduga, apa yang saya buat? saya akan google tips dan pengalaman temuduga chambering terlebih dahulu, tetapi malangnya tiada satu pun tips temuduga untuk pelajar syariah atau chambering Syariah.

Oleh itu, saya mengambil satu pendekatan dan mengambil peduli pada anda semua junior saya untuk memberi sedikit gambaran bagi anda nampak bagaimana sesi temuduga chambering syariah diadakan, temuduga chambering ni sama sahaja sepertimana temuduga kerja, kepada sesiapa yang pernah hadir temuduga kerja akan dapat gambaran sedikit sebanyak, tetapi jangan risau kepada junior-junior yang baru dan tidak pernah hadir sesi temuduga, yang paling penting keyakinan dan akhlak kene jaga, jangan menipu, jawab dengan jujur apa yang ditanya.

Justeru itu, saya akan kongsikan serba sedikit soalan yang ditanya berdasarkan kepada pengalaman saya ketika hadir temuduga chambering syariah, yang ni yang saya ingat apa yang ditanya. Soalan apa? kalau yang pernah hadir temuduga kerja tentu sedikit sebanyak dapat agak apa soalan yang ditanya, seperti yang saya katakan tadi, interview chambering lebih kurang sahaja sepertimana anda nak mohon kerja. seorang spot tu wajib la, perkenalkan diri bla3 kan. Okay saya tidak mahu menulis dan merepek panjang, saya akan teruskan kepada soalan yang ditanya. Pastikan ketika hadir temuduga bawa salinan resume dan juga fail sijil-sijil anda, sesetangah interviewer akan tengok dan sesetengah tidak tengok pun, bawa lebih baik.

1. Perkenalkan diri: Part ni maksudnya cerita pasal diri anda, diri anda tu maksudnya pengalaman anda ketika di universiti, sertai persatuan apa, pegang jawatan apa, seperti pernah jadi presiden, pengalaman kerja bla3 yang berkaitan kerja sahaja, bukan mengenai anda suka makan apa, tidur jam berapa, kakak abang kerja apa, bla3...itu tidak penting dan sekiranya anda bercerita merepek begitu dah jadi bad impression kepada anda. Status kalau ditanya jawab je dengan jujur, kebiasaannya firma lebih suka hire yang masih single, bukan kata yang telah kawen sukar dapat kerja cumanya peluang lebih kepada yang bujang, sebab bos akan suruh anda stay up sampai malam, datang kerja hari sabtu dan sebagainya, sebab bila dia ambil orang yang telah kawen, bos beranggapan anda banyak komitmen sendiri.

2. Apa expectations anda?: Apa expectations anda chambering disini dan apa expectations yang akan kami dapat dari anda? Yang ni saya tidak sempat jawab, panel tanya soalan lain sudahh... Dalam hati Alhamdulillah, sebab panel 3 orang, terpulang kepada firma yang anda pergila. Jawapan ini boleh google banyak.

3. Berapa elaun yang awak nak sebulan?: Saya pada ketika itu saya kata saya nak RM 700, sebab kalau minta banyak karang terus ditolak, hahah sebab pernah ditolak sebab minta RM700, penemuduga kata nak bagi RM500 je, bergantung kepada firma juga la bagaimana penerimaannya. Kalau korang dari keluarga berkemampuan, rumah dekat, mungkin okay tawaran elaun sedikit, so korbankan lah sikit, kalau yang tidak berkemampuan tiada support keluarga kene fikir banyak kali, sebab dalam tempoh cahmbering ni perasan tiada duit amat sakit. Saya nasihatkan jangan minta rendah sangat dan tinggi sangat, sebab kalau tinggi sangat bos firma menganggap tidak berbaloi ambil anda, minta la sepertimana rakan-rakan anda yang chambering di area yang lebih kurang. Saya pada ketika itu KL elaun diberi RM700-1000 KL Selangor, ada juga Peguam yang bagi RM300,400,500, saya pun tidak tahu pelajar chambering nak makan apa macam mana nak survive hidup di Kota.

4. Ada lesen kenderaan?: Yang ni juga satu kepentingan kepada firma untuk consider dalam pengambilan anda. Saya pada ketika itu ada kedua-dua lesen, tetapi hanya ada motor sahaja. Jawab jela jangan menipu, kawan saya apa-apa lesen kenderaan pun tiada, tetapi Alhamdulillah rezeki dia dapat dan sekarang telah bergelar peguam syarie Wilayah Persekutuan dan masih berada di firma yang sama.

5. Boleh berbahasa Arab dan Bahasa Inggeris?: Yang ni jawab je dengan jujur, pastikan jujur, tetapi jangan terlalu merendah diri dan membangga diri (berlagak).

6. Sanggup stay up malam?: Saya pada ketika itu saya jawab semua ya, saya sanggup, sebab sememangnya saya suka dalam bidang ini.

7. Bila boleh masuk?: Biasanya yang ni kalau penemuduga ada niat nak ambik anda sebagai pelatih di firma mereka, kiranya ini satu soalan yang bagus untuk anda, ada nampak ruang la kiranya sipi-sipi bahasa orang kata. hahah.

8. Kes harta sepencarian mahkamah mana?: Ada yang tanya prosedur yang simple-simple. Bidangkuasa Mahkamah Rendah, Tinggi, Rayuan. Seksyen bla3.

9. Pernah buat pliding?

10. Betul-betul minat nak jadi peguam?:

11. Ada minta tempat lain lagi?: 

Saya baru hadir 3 interview Chembering dan 1 terus ambil saya suruh masuk. Biasalah kita mesti riki-riki dengan rakan-rakan yang lain kenal ke Peguam ni? Okay ke dia? sebab kita perlu bekerja dengan dia paling kurang 6 bulan kan, ye boleh tukar tempat chembering dan sambung tapi senang ke nak keluar dan masuk firma lain pula?

Mostly interview just tanya simple-simple pasal diri anda sahaja, mereka nak tengok cara anda bercakap, masuk tu bagi le salam dan ucap terima kasih selepas habis interview nak keluar. Kemudian ucap terima kasih melalui emel kata terima kasih kerana menjemput saya untuk temuduga. Yang mana firma belum panggil temuduga, lepas hantar emel resume tu follow up peguam tanya emel dah sampai ke? Ada kosong ke bla3 pandai-pandai anda le.

Tapi ingat, ada juga ye yang tanya berkenaan hukum syarak, faraid. tanya apa yang anda belajar ketika di Universiti. Haa jawablaa pastikan anda tengok-tengok balik apa yang anda belajar. Sebab sesetengah firma dia tengok satu-satu apa subjek kau belajar dan apa kau dapat. So bersedialah.

Boleh juga baca disini: interview chambering syariah

Selamat maju jaya. Doakan aku juga berjaya ye!

TAULIAH PEGUAM SYARIE SELANGOR

 Assalamualaikum.... Pentauliahan Peguam Syarie Negeri Selangor antara yang berprestij selain Wilayah Persekutuan, mungkin disebabkan kelaya...