Memaparkan catatan dengan label hujahan peguam. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label hujahan peguam. Papar semua catatan

Isnin, 27 September 2021

HUJAHAN PEGUAM

HUJAHAN PEGUAM



Hujahan Peguam

Saya suka membaca berkenaan isu-isu Mahkamah Syariah di media sosial, pelbagai group dalam Facebook diwujudkan bertujuan memberi pendedahan kepada masyarakat berkenaan Isu yang ada di Mahkamah Syariah termasuklah group yang saya tubuhkan iaitu "Sinar Syariah :: Kes Mahkamah Syariah Malaysia".


Justeru itu, selain daripada pendedahan yang dikongsikan oleh para peguam, banyak juga pertanyaan atau persoalan yang dikongsikan dalam ruangan tersebut, termasuklah persoalan ini, yang saya kira persoalan yang agak berlainan daripada persoalan biasa.


Apa soalan yang lain tu? Soalan yang ditanya bagaimana nak buat pergubalan hujah"? Saya tertanya-tanya Saudara/saudari nak gubal apa pada hujah tu? Hujah tiada istilah gubal, kerja gubal menggubal ni kita bagi kepada orang yang berkelayakan sahaja ye untuk gubal, gubal undang-undang, akta dan sebagainya, Peguam tidak boleh gubal hujah.


Hujah tidak dipanggil gubal, tetapi bahasa mudahnya tulis hujah, lagi senang buat hujah. Katanya “Saya dah google contoh hujah, tapi takde pula”. Ye, hujah sememangnya peguam tidak akan kongsikan di sosial media.



Proses untuk buat hujah perlukan ilmu yang mantap dalam bidang tersebut, buat research berdasarkan isu dan fakta kes tersebut, tidak semua fakta dan isu itu sama setiap orang. Peguam sendiri mengambil masa untuk membuat hujah, makanya tidak senang-senang untuk berkongsi hujah di sosial media.



Hujah adalah kebijaksanaan seseorang peguam itu sendiri dalam berhujah untuk membela anakguam, sebab itu kalau kata cas mahal itu memang reasonable untuk peguam tidak tidur malam sediakan hujah yang mantap, dokumen yang kemas.



Untuk membuat hujah yang mantap dan terbaik untuk meyakinkan hakim agar menerima hujah tersebut bukan sesuatu yang mudah seperti menulis karangan tanpa hala tujuan, bukan sekadar bercerita kosong, kadang peguam perlu buka kitab bahasa Arab, bahasa Inggeris, rujuk kes-kes bahasa Inggeris, perlu memahami terma undang-undang, tafsir ayat Quran, hukum, dalil, kaedah Fiqh, seksyen berkaitan bla3.



Kadang seksyen tersebut nampak macam kene dah dengan isu, tapi salah. Bila salah penghujahan, salah prosedur digunakan, makanya penghujahan itu tidak valid, prosedur salah nak valid apanya kan. Peguam belajar seksyen-seksyen tersebut dalam satu subjek fokus, seperti tatacaramal, tatacara jenayah, belajar prosedur. Degree 4 tahun, Daij 1-2 tahun secara teorinya, kemudian sambung latihan dalam kamar 9 bulan untuk real prosedur.



Bukan taip di google, “hujah nafkah anak”, percayalah saudara saudari tidak akan jumpa hujah yang peguam buat. Dalam penulisan hujah ini banyak perkara yang perlu dititik beratkan bukan copy paste sebijik-sebijik dari google. Sebab itulah hujah tidak akan disiarkan di media sosial.



Hujah bukan semberono dibuat, tambahan lagi, sekiranya pihak lawan juga pakai peguam, peguam lawan perlu lagi mantap sediakan hujah bagi menyangkal untuk membela anakguam tersebut. Sebab itu pentingnya hire peguam, sebab peguam tentu sekali ada caranya tersendiri yang orang awam tidak tahu dan tidak menduga hal tersebut.



Saudara saudari bayangkan kami belajar hampir 7 tahun untuk bergelar seorang peguam yang bertauliah, itu baru junior lawyer. Kalau senior lawyer? Memang patutla kalau kata peguam tersebut dicas mahal disebabkan pengalaman mereka dan taraf ke professionalisma mereka, ilmu mereka.



Kesimpulannya, hujah tiada di sosial media. Kenapa nak peningkan kepala sendiri jika para peguam boleh membantu, jika tidak mampu, sudah kami katakan, dapatkan khidmat bantuan guaman kerajaan.

TAULIAH PEGUAM SYARIE SELANGOR

 Assalamualaikum.... Pentauliahan Peguam Syarie Negeri Selangor antara yang berprestij selain Wilayah Persekutuan, mungkin disebabkan kelaya...