poligami
Gempar dimedia sosial bercerita berkenaan isu Dai'e Farhan yang berpoligami di tanah suci Mekah. Tetapi saya tidak ingin masuk campur urusan beliau, segala apa yang dilakukan beliau saja yang tahu, kita sebagai masyarakat tidak seharusnya menyebarkan fitnah jika perkara itu tiada dalam pengetahuan kita yang jelas. Oleh itu, jom tambah ilmu berkenan poligami, isu ini sangat lah penting kepada pasangan rumah tangga terutamanya lelaki yang mempunyai kuasa berpoligami.
Apakah yang dimaksudkan dengan "poligami"?
Dalam antropologi sosial, poligami (dari bahasa Greek, ertinya perkahwinan banyak) merujuk kepada perkahwinan di mana seseorang itu berkahwin dengan beberapa orang sekaligus. Biasanya suami yang mempunyai lebih daripada seorang isteri. Ia merupakan lawan monogami (seorang). Dalam Islam keharusan bagi lelaki yang adil dibenarkan berkahwin maksimum seramai 4 orang sahaja dalam satu masa isterinya yang wujud.
Hukum Poligami?
Noted: Untuk Poligami ni ada 5 hukum yang telah ditetapkan berdasarkan situasi, tetapi untuk kali ini saya tidak mahu sentuh perkara tersebut, kalau nak diterangkan agak panjang, InshaAllah dipost lain akan saya terangkan. Didalam Al Quran dan hadis terdapat dalil yang menyebut berkaitan Poligami antaranya yang diperuntukkan di dalam al Quran sepertimana dalil dibawah:
"Nikahilah wanita-wanita (lain) yang kalian senangi masing-masing dua, tiga, atau empat—kemudian jika kalian takut tidak akan dapat berlaku adil, maka kahwinilah seorang saja—atau kawinilah budak-budak yang kalian miliki. Yang demikian itu adalah lebih dekat pada tindakan tidak berbuat aniaya".
(Surah An nisa' 4: 3)
Dalam ayat tersebut turut memberi penjelasan bahawasanya "tanggungjawab dan kemampuan" penting kepada poligami. Jika anda mampu, maka dibenarkan untuk berpoligami, mampu dari segi apa? Mampu ni merangkumi mampu dari segi zahir dan batin, zahirnya mampu ke dia didik isteri dan anak-anaknya dengan didikan yang baik? Mampukah dia memberi nafkah secara adil? Mampukah dia berlaku adil dalam giliran bermalam? Dan lain-lain berkenaan yang disebut.
Oleh itu Jika nak tahu anda mampu atau tidak, rujuk dan daftarlah ke Mahkamah Syariah, undang-undang Islam bukan memudharatkan, tetapi memberi kebaikan dan membela orang-orang daripada dianiaya oleh pihak lain. Itu motif penubuhan Mahkamah Syariah. Dengan daftar juga elak masalah kemudian hari berkenaan kesahtarafan perkahwinan tersebut dijalankan, kesahtarafan anak dan sebagainya.
Dari sudut undang-undang di Malaysia?
"ENAKMEN 2 TAHUN 2003 ENAKMEN UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM (NEGERI SELANGOR) 2003 BAHAGIAN II - PERKAHWINAN Permulaan Kepada Perkahwinan. Seksyen 23. Poligami, yang menerangkan prosedur untuk anda yang berhasrat untuk berpoligami:
(1) Tiada seorang pun lelaki semasa wujudnya suatu perkahwinan boleh, kecuali dengan [mendapat kebenaran terlebih dahulu secara bertulis daripada Mahkamah, membuat akad nikah perkahwinan yang lain dengan perempuan lain].
* Pastikan anda dapatkan terlebih dahulu "kebenaran dari Mahkamah Syariah" untuk berkahwin dengan Perempuan lain dan pastikan Perempuan tersebut halal dikahwini.
(2) Tiada perkahwinan yang diakadnikahkan tanpa kebenaran di bawah subseksyen (1) boleh didaftarkan di bawah Enakmen ini melainkan jika Mahkamah berpuashati bahawa perkahwinan sedemikian adalah sah mengikut Hukum Syarak dan Mahkamah telah memerintah supaya perkahwinan itu didaftarkan tertakluk kepada seksyen 124.
*Setelah Mahkamah Syariah berpuas hati dan memberi kebenaran untuk anda berkahwin maka boleh lah daftarkan perkahwinan tu.
(4) Permohonan untuk kebenaran hendaklah dikemukakan kepada Mahkamah mengikut cara yang ditetapkan dan hendaklah disertai dengan suatu iqrar menyatakan alasan-alasan mengapa perkahwinan yang dicadangkan itu dikatakan patut atau perlu, pendapatan pemohon pada masa itu, butir-butir komitmennya dan kewajipan tanggungan kewangannya yang patut ditentukan, bilangan orang tanggungannya, termasuk orang yang akan menjadi orang tanggungannya berikutan dengan perkahwinan yang dicadangkan itu, dan sama ada izin atau pandangan isteri atau isteri-isterinya yang sedia ada telah diperolehi atau tidak terhadap perkahwinannya yang dicadangkan itu.
*Pastikan anda sertakan bukti yang mengatakan anda mampu berpoligami.
(5) Apabila menerima permohonan itu, Mahkamah hendaklah memanggil pemohon, isteri atau isteri-isterinya yang sedia ada, bakal isteri, wali kepada bakal isteri, dan mana-mana orang lain yang difikirkan oleh Mahkamah boleh memberi keterangan mengenai perkahwinan yang dicadangkan itu supaya hadir apabila permohonan itu didengar, yang hendaklah dilakukan dalam Mahkamah tertutup, dan Mahkamah boleh memberi kebenaran yang dipohon itu jika berpuas hati—
* Mahkamah akan nilai berdasarkan seperti perkara-perkara dibawah:
(a) bahawa perkahwinan yang dicadangkan itu adalah patut atau perlu, memandang kepada, antara lain, hal-hal keadaan yang berikut, iaitu, kemandulan, keuzuran jasmani, tidak layak dari segi jasmani untuk persetubuhan, sengaja ingkar mematuhi perintah untuk pemulihan hak-hak persetubuhan, atau gila di pihak isteri atau isteri-isteri yang sedia ada;(b) bahawa pemohon mempunyai kemampuan yang membolehkan dia menanggung, sebagaimana dikehendaki oleh Hukum Syarak, semua isteri dan orang tanggungannya, termasuk orang yang akan menjadi orang-orang tanggungannya berikutan dengan perkahwinan yang dicadangkan itu;(c) bahawa pemohon akan berupaya memberi layanan adil kepada semua isterinya mengikut kehendak Hukum Syarak; dan(d) bahawa perkahwinan yang dicadangkan tidak akan menyebabkan darar (kemudharatan) syari’e kepada isteri atau isteri-isteri yang sedia ada.(6) Satu salinan permohonan di bawah subseksyen (4) dan iqrar yang dikehendaki oleh subseksyen itu hendaklah disampaikan bersama dengan surat panggilan ke atas tiap-tiap isteri yang sedia ada.
Jika berpoligami tanpa kebenaran Mahkamah?
(8) Mana-mana orang yang membuat akad nikah bersalahan dengan subsekyen (1) hendaklah membayar dengan serta merta semua jumlah mas kahwin dan pemberian yang kena dibayar kepada isteri atau isteri-isteri yang sedia ada, dan jika jumlah itu tidak dibayar sedemikian, boleh dituntut sebagai hutang.
Seksyen 124 (poligami tanpa kebenaran Mahkamah) adalah dirujuk:
"Jika Seseorang lelaki berkahwin lagi di mana-mana jua pun dalam masa perkahwinannya yang sedia ada masih berterusan tanpa mendapat kebenaran secara bertulis terlebih dahulu daripada Mahkamah maka dia adalah melakukan suatu kesalahan dan hendaklah dihukum denda tidak melebihi [ satu ribu ringgit atau penjara tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya denda dan penjara itu]".
Kuasa Mahkamah memberi kebenaran:
(10) Tiap-tiap Mahkamah yang memberi kebenaran atau memerintahkan supaya perkahwinan itu didaftarkan di bawah seksyen ini, hendaklah mempunyai kuasa atas permohonan mana-mana pihak kepada perkahwinan—
(a) untuk menghendaki seseorang untuk membuat pembayaran nafkah kepada isteri atau isteri-isteri yang sedia ada; atau(b) untuk memerintahkan supaya apa-apa aset yang telah diperolehi oleh pihak-pihak itu dalam masa perkahwinan dengan usaha bersama mereka dibahagi antara mereka atau supaya mana-mana aset itu dijual dan hasil jualan itu dibahagikan.
Demi menjaga keadilan dan kemaslahatan, Mahkamah Syariah memandang serius isu ini. Jika disabitkan kesalahan anda boleh dihukum. Isu yang nak saya ketengahkan bukanlah menentang poligami, tetapi memandu supaya anda tidak melakukan kesalahan dan menganiaya orang lain. INGAT ❗fahami apakah matlamat poligami yang dibawakan oleh Islam pada asalnya. Jauhi kemaksiatan elak penganiayaan.
Nasihat saya, daftarlah sekiranya anda berhasrat untuk berpoligami, kenapa mesti melawan undang-undang yang telah ditetapkan baik untuk masyarakat dan diri anda. Pelbagai kesan akan mendatang kepada anda sekiranya tidak mendapatkan kebenaran Mahkamah, denda akan dikenakan, pemenjaraan, kesahtarafan perkahwinan, kesahtarafan anak, reputasi anda terjejas, hubungan kekeluargaan dan lain-lain perkara negatif, [terutamanya kepada golongan wanita ambil peduli sebelum menerima lamaran poligami sebagai isteri kedua].
Boleh rujuk di laman ini untuk lebih kefahaman poligami
Tiada ulasan:
Catat Ulasan