Jumaat, 9 Ogos 2019

SIJIL AMALAN PEGUAM SYARIE KELANTAN

PENDAHULUAN

Proses permohonan Peguam Syarie 14 negeri di Malaysia adalah berbeza, Kelantan adalah antara negeri-negeri yang dikatakan mudah untuk mendapatkan sijil amalan oleh kerana tidak menetapkan kelayakan perlunya latihan dalam kamar dan diploma guaman Islam. Namun, kini saya mendapat perkhabaran desus desas bahawa Kelantan juga akan menetapkan perlunya diploma guaman Islam/latihan dalam kamar, namun, tunggu dan lihat sahaja.


Jika bertanya saya adakah perlu kelayakan-kelayakan seperti dinyatakan di atas? saya katakan ianya amat perlu, kerana Peguam Syarie adalah bidang professional dan pihak berwajib yang di amanahkan oleh anakguam untuk menguruskan dan pihak yang berwajib memudahkan urusan Mahkamah. Jika ada Peguam Syarie, maka proses Mahkamah lagi cepat berbanding tiada peguam, hal ini kerana, Peguam Syarie lebih mengetahui prosedur dan undang-undang.


PERMOHONAN SEBAGAI PEGUAM SYARIE KELANTAN

Saya membuat permohonan ini adalah pada tahun 2018, bermula dengan mengisi borang A iaitu borang permohonan sebagai peguam syarie yang saya perolehi melalui softcopy yang diberikan oleh rakan saya, namun, borang ini boleh didapati di kaunter Mahkamah dengan bayaran sebanyak lebih kurang RM30, borang dihantar bersama dokumen-dokumen yang diperlukan di kaunter Mahkamah Syariah di Kota Bharu. Pada ketika ini, prosesnya mudah sahaja berbanding di negeri lain. Di Kelantan juga, calon-calon tidak perlu membuat penampalan di semua Mahkamah Syariah di negeri Kelantan. Tiada afidavit penampalan dan sebagainya, hanya borang permohonan bersama dokumen-dokumen diperlukan sahaja, kemudian tunggu dipanggil untuk sesi temuduga. Untuk dipanggil sesi temuduga ini biasanya mengambil masa satu atau dua tahun, namun, saya dipanggil awal, Alhamdulillah...hanya dalam tempoh satu (1) tahun sahaja, hantar borang bulan 5, 2018 dan dipanggil tauliah bulan 8, 2019. Saya dipanggil untuk hadir sesi temuduga melalui panggilan telefon dari mahkamah memaklumkan kene bawa sijil asal dan berpakaian hitam putih.


TEMUDUGA


Kemudian hadirnya saya di Mahkamah Syariah Kelantan bersama rakan-rakan yang lain, jam 8.00 pagi pendaftaran. 8.30 sesi taklimat diberi oleh penolong pendaftar. Kemudian selesai sesi taklimat tersebut, nama-nama akan dipanggil berdasarkan fail yang ada melalui pendaftaran tadi. Hanya 10 orang pertama terlebih dahulu bersedia naik di tingkat atas iaitu tingkat 6 untuk sesi temuduga. Penemuduga pada asalnya 5 orang, tetapi 2 panel tidak dapat hadir disebabkan ada urusan lain. Maka selesai 10 orang tadi. Kami yang selebihnya dipanggil untuk naik ke atas, beberapa minit menunggu dengan penuh debaran ditambah pula tidak bawa sijil-sijil asal, sehingga saya 3 kali ke tandas kecut perut. Akhirnya giliran saya, saya pada ketika Itu masuk dengan memberi salam dan panel bahagian semak dokumen minta dokumen asal.


Kemudian saya maklumkan, yang saya tidak dapat makluman berkenaan hal tersebut, kemudian dia kata okay duduk, dia kata, awak tidak pernah hadir interview ke? Saya kata, saya pernah hadir, tetapi untuk interview tauliah Peguam syarie, ini adalah kali pertama saya. Maka panel bahagian interview arahkan saya agar beritahu background saya, nama penuh, asal mana, belajar dimana. Arahan kedua ialah soalan, iaitu apakah akta yang digunakan di mahkamah syariah? saya sebut bla3...Kemudian panel kata, okay siap, terkejut jugak ouh okay itu je, baguslah. Haha. Kemudian panel bahagian semak dokumen arahkan saya baca nombor ic saya, sebab saya tak bawa dokumen asal tadi la, saya sebut bla3... Kemudian saya ucap terima kasih dan keluar gitu.. Haa simple.


MAJLIS PENTAULIAHAN

Majlis pentauliahan dan sesi temuduga dibuat pada hari yang sama sahaja. Pagi sesi temuduga, manakala petang majlis pentauliahan. Pentauliahan bermula Jam 2.00 petang. Di dalam taklimat kami dimaklumkan bahawa, sekiranya kami tidak menerima apa-apa panggilan telefon selepas sesi temuduga selesai dan sebelum jam 2.00 petang, calon tersebut dianggap berjaya, sekiranya menerima panggilan telefon, calon tersebut tidak berjaya. Semua calon tentula apabila kesana berharap berjaya dalam sesi temuduga tersebut. Berdebar sedikit sebanyak pasti ada, walaupun yakin dibenarkan pentauliahan tersebut.


Kemudian jam 2.00 petang, Hakim masuk, seorang wakil bakal Peguam syarie daripada kalangan kami diarahkan untuk beridiri dan mengangkat sumpah, kemudian diluluskan oleh pendakwa syarie, seterusnya hakim mentauliahkan kami yang lulus dan Majlis berakhir.


Kemudian kami mengadakan sendiri-sendiri sesi bergambar. Pada hari tersebut kami hanya 28 orang sahaja yang hadir. Dan semua lulus pada hari tersebut. Penolong pendaftar maklumkan sedikit sahaja biasanya yang tak lulus. Panel kesemuanya berpangkat Dato'. So perlu bahasakan dengan panggilan Dato' atau yang arif. Itu saja perkongsian saya, semoga bermanfaat. Setiap sesi berbeza soalan, tapi berkenaan isu semasa perlu ambil perhatian berkenaan RUU 355 dan profession guaman syarie.



Peguam syarie Kelantan 2019


PENTAULIAHAN TERAKHIR BERSAMA DATO DAUD

Kami adalah calon terakhir yang sempat ditauliahkan oleh Dato Daud iaitu Ketua Hakim Syarie Negeri Kelantan, selepas beberapa bulan majlis berlangsung, Dato Daud dikatakan telah meninggal dunia. Ura-ura mengatakan permohonan Peguam Syarie Kelantan dipermudahkan disebabkan Dato Daud tidak mahu menyukarkan para graduan syariah mendapatkan tauliah peguam syarie, kerana para graduan telah dianggap berkelayakan. Terima kasih Dato, moga dipermudahkan urusakannya disana. Amin. (hanya hearsay)

Rabu, 19 Jun 2019

PEGUAM SYARIE DI MALAYSIA

PEGUAM SYARIE


SIAPAKAH PEGUAM SYARIE?

Peguam syarie adalah pihak yang mempunyai bidangkuasa untuk mengendalikan kes-kes di Mahkamah Syariah, Peguam Syarie juga adalah pihak ketiga yang berbidangkuasa mewakilkan mana-mana pihak sebagai jurucakap kepada pihak tersebut. Peguam Syarie juga adalah sebagai pihak utama yang membantu dan memudahkan proses mahkamah untuk Mahkamah membuat keputusan memberikan penghakiman. Peguam Syarie juga merupakan pihak yang bernaung di bawah Majlis Agama Islam Negeri atau Majlis Peguam Syarie bagi Wilayah Persekutuan berkuatkuasa bermula Jun/2022.


APAKAH BIDANGKUASA PEGUAM SYARIE?

Melibatkan hal orang Islam di Mahkamah Syariah, iaitu dalam kes mal: kekeluargaan (pernikahan, perceraian, hak anak-anak, hak isteri, hak suami), harta/faraid (pusaka pusaka,hibah, wasiat, harta sepencarian, ganti rugi, hutang perkahwinan) dan juga jenayah syariah.



peguam syarie


SIAPAKAH LAYAK MENJADI PEGUAM SYARIE?

Peguam Syarie mestilah beragama Islam, warganegara Malaysia, memiliki Ijazah Sarjana Muda Syariah dan layak untuk memiliki Sijil Amalan Guaman (lesen) sebagaimana yang dinyatakan di dalam Kaedah-Kaedah Peguam Syarie negeri-negeri.


SIAPA YANG MENGAWAL SELIA PEGUAM SYARIE?

Peguam Syarie dikawal oleh Majlis Agama Islam Negeri di bawah Enakmen Pentadbiran Agama Islam Negeri atau Majlis Peguam Syarie bagi Wilayah Persekutuan berkuatkuasa bermula Jun/2022.


CAJ YURAN PERKHIDMATAN GUAMAN

Caj perkhidmatan peguam syarie tidak ditentukan oleh mana-mana enakmen atau mana-mana badan, sepenuhnya bergantung kepada budibicara peguam syarie itu sendiri.

APAKAH SL1M DAN PROTEGE


beza ke SL1M dan Protege??


Ada yang bertanya kepada saya, apa itu SL1M, saya jelaskan disini, SL1M atau Skim Latihan 1Malaysia satu program yang diperkenalkan oleh kerajaan untuk graduan lepasan ijazah sarjana muda sahaja untuk gain ilmu dan pengalaman di syarikat-syarikat yang bekerjasama dalam menjayakan program ini. Para pelatih akan diberikan elaun sebanyak RM2000.00 sebulan. Tempoh latihan 6bulan hingga 1tahun, Antara syarat yang terkandung adalah, graduan yang telah lama menganggur dan baru tamat pengajian 6bulan keatas dan berumur sehingga 27 tahun sahaja, ianya bergantung juga kepada syarikat tersebut, ada sehingga berumur 26 tahun sahaja.


Sekarang namanya telah ditukar kepada PROTEGE  Professional Training and Education for Growing Entrepreneurs (PROTÉGÉ) telah dilancarkan pada 28 Januari 2019 merupakan satu program latihan keusahawanan dan kebolehpasaran bagi membentuk dan membimbing para belia dengan kerjasama pakar industri dalam usaha melahirkan lebih ramai usahawan (job creators) yang kompetitif dan bersedia ke pasaran global serta pencari kerja (job seekers) yang berkemahiran bagi memenuhi keperluan industri semasa.


Protege telah membuka ruang kepada pemegang sijil SPM sehingga ijazah sarjana muda. Sistemnya sedikit berbeza, elaun diberikan berdasarkan tahap pendidikan/syarikat tersebut nak beri berapa  RM1000-RM2000. Beza yang saya dapat lihat adalah, secara ringkasnya,  SL1M more to gain ilmu and pengalaman in company, Protege more to keusahawanan dan training, 2 in 1. Ini sedikit sebanyak perkongsian untuk buka minda. Selanjutnya boleh google atau rujuk dibawah. Sekian. Terima kasih.


Boleh rujuk page ini juga: protege dan SL1M


TAULIAH PEGUAM SYARIE SELANGOR

 Assalamualaikum.... Pentauliahan Peguam Syarie Negeri Selangor antara yang berprestij selain Wilayah Persekutuan, mungkin disebabkan kelaya...